Isyarat menjadikan Apple Watch lebih mudah digunakan bila-bila masa anda memerlukannya — terutamanya apabila tangan anda penuh.
Cuma ketuk dua kali jari telunjuk dan ibu jari bersama untuk menjawab panggilan, membuka notifikasi, memainkan atau menjeda muzik, dan banyak lagi.
Mainkan dan jeda muzik sambil memegang sesuatu.
Jawab panggilan semasa bersukan paddleboard.
Hentikan pemasa semasa kek anda sedang dibakar.
Balas mesej sambil membawa anjing berjalan-jalan.
Semak Smart Stack sambil memegang bayi anda.